Trieu Thi Trinh

Triệu Thị Trinh (bahasa Cina-Vietnam: 趙氏貞 ; 2 Oktober 225 - 248), juga dikenali sebagai Triệu Ẩu (趙嫗) atau Bà Triệu (Lady Trieu), ialah hulubalang wanita Vietnam yang berjaya menentang pihak Cina buat suatu tempoh semasa pendudukan mereka di Vietnam pada abad ke-3. Beliau telah diperihalkan sebagai "Joan dari Arc" versi Vietnam.